Hentikan Kerosakan Enjin anda SEKARANG!
https://automology.blogspot.com/2017/03/hentikan-kerosakan-enjin-anda-sekarang.html
Read the English version of this article here.
Tidak kira betapa baik minyak anda, apabila anda menghentikan kereta anda, minyak akan mengalir keluar dari enjin ke dalam tempat takungan; kemudiannya, apabila anda menghidupkan kereta berikutnya, minyak berada di tempat yang salah dan terlalu sejuk untuk melindungi enjin kereta anda dengan efektif. Kerana itu, apabila anda menghidupkan kereta anda, enjin itu tak dilindungi sepenuhnya kerana ia mengambil masa sehingga 20 minit untuk minyak itu “bekerja” dengan berkesan.
Kebanyakan pakar-pakar minyak akan memberitahu anda bahawa inilah yang mengakibatkan 70% hingga 80% daripada kerosakan enjin, kerana minyak tersebut belum mencapai suhu yang betul dan bercampur dengan minyak yang tersimpan di tempat takungan, lalu menyebabkan bahagian enjin yang kritikal mudah terdedah kepada kerosakan. Kebiasaannya, kita perlu memastikan enjin dalam keadaan yang panas sebelum memulakan perjalanan, tetapi dengan adanya X-1R Engine Treatment, tidak lagi seperti dulu kerana ianya memastikan enjin mendapat perlindungan sempurna.
X-1R telah mencipta produk menggunakan teknologi sains terkini supaya ia akan kekal melekat dan juga serap ke dalam logam engin anda, dan membentuk lapisan tambahan untuk melindungi enjin dengan pelincir yang efektif dari saat anda menhidupkan enjin kereta anda.
Kebiasaannya, anda mahukan bukti untuk memastikan perkara itu sahih. Ujian industri didapati di laman sesawang X-1R membuktikan tanpa keraguan bahawa dengan menggunakan X-1R, logam dalam enjin anda menjadi lebih licin kerana X-1R Engine Treatment telah menyerap ke dalam logam manakala mengurangkan geseran dalam enjin anda.
Dengan hanya menambah sebotol X-1R Engine Treatment ke dalam enjin anda, terdapat manfaat yang amat menakjubkan: dengan enjin yang lebih lancar, geseran dikurangkan, maka bahan api dan pencemaran ekzos dikurangkan; inilah perkara yang kita ambil berat dalam perjalanan seharian kita. Rangkaian produk X-1R telah terbukti berkesan dan diterima pakai oleh organisasi kejuruteraan terkemuka dunia, seperti NASA yang telah menggunakan rangkaian produk X-1R selama 22 tahun.