Toyota akan Berjaya, Uber pula….

Sekarang, dengan sempadan terakhir bagi pemandu wanita telah ditakluk, apakah kesan perubahan ini terhadap pembuat kereta dan pemandunya? ...

Sekarang, dengan sempadan terakhir bagi pemandu wanita telah ditakluk, apakah kesan perubahan ini terhadap pembuat kereta dan pemandunya? Ahli Automologi, MAC, mempunyai beberapa idea...

Untuk merangsangkan ekonomi tempatan, kerajaan ultra-konservatif Arab Saudi akhirnya telah mengubah undang-undangnya dan membenarkan kaum wanita memandu di negara itu. Dengan ini, tamatlah polisi lama yang nampaknya tidak adil bagi kalangan hawa mereka. Apa yang gagal dilaporkan adalah langkah kecil ini akan memberi kesan yang sangat dramatik kepada ekonomi negara Arab ini dan mungkin negara lain juga.

Arab Saudi ialah sebuah negara yang mempunyai 32 juta penduduk, dan sekarang 16 juta daripada mereka boleh memandu sendiri; ini tentu akan memberi impak yang mendalam terhadap penjualan kereta baru, dimana para wanita sendiri membelinya untuk pertama kali. Toyota dan Hyundai, yang menguasai 56% daripada jumlah pasaran, ialah pemimpin pasaran di negara ini, dan membekalkan kebanyakan SUV yang besar; mereka sudah bermula menambah inventori mereka dengan model kecil dan feminin, yang lebih "sesuai" untuk wanita bujang yang bekerja atau untuk pelajar-pelajar perempuan.

Di Arab Saudi, wanita tidak boleh memandu untuk kerja-kerja rutin, seperti menghantar anak-anak ke sekolah; ini dilakukan dengan samada menggunakan pemandu persendirian atau dengan menggunakan Uber. Secara tradisinya, orang-orang Saudi akan mengupah pemandu persendirian untuk bekerja untuk keluarga mereka; puluhan ribuan daripada mereka berasal dari Filipina dan Pakistan. Keputusan ini sekurang-kurangnya akan memberi impak ke atas seksyen tenaga kerja ini dan mungkin mengubah trend migrasi.

Uber telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia berbangga dapat berkhidmat untuk kaum wanita Saudi. Walau bagaimanapun, 80% daripada pelanggan Uber di Saudi ialah wanita dan intuisi saya memberitahu saya bahawa ramai daripada mereka akan mahu mendapat kebebasan memandu dengan secepat yang mungkin. Sudah tentu, anda boleh berhujah bahawa wanita kini boleh memandu, dan ini akan menambah sekumpulan pemandu yang besar yang boleh memanfaatkan Uber; fikirkan lah.

sumber imej: Middle East Monitor


Related

uber 3123081363207859969

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item