Kenapa Pemandu Wanita Lebih Baik Daripada Anda Fikirkan

Pemandu yang buruk adalah sinonim dengan pemandu wanita. Ahli-ahli Automologi wanita kami sudah fed-up dengan tanggapan bahawa kaum hawa...


Pemandu yang buruk adalah sinonim dengan pemandu wanita. Ahli-ahli Automologi wanita kami sudah fed-up dengan tanggapan bahawa kaum hawa tidak reti memandu. Berikut ialah LAPAN sebab mengapa wanita sebenarnya ialah pemandu yang lebih baik daripada yang anda fikirkan:

(Kami tidak bermaksud untuk mengutuk pemandu lelaki, tetapi untuk membuktikan kenyataan ini, perbandingan dengan jantina yang lain perlu dibuat. Jangan marah, ya!)

1. Kebanyakan kemalangan jalanraya TIDAK melibatkan wanita

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengesahkan fakta ini. Dalam statistik yang dikumpulkan pada tahun 2009, didapati bahawa pemandu lelaki yang terlibat di dalam kemalangan adalah 2.4 kali lebih ramai daripada pemandu wanita.


2. Kebanyakan kematian akibat kemalangan jalanraya TIDAK melibatkan wanita

Menurut Institut Insurans Keselamatan Amerika, pada tahun 2015, hanya 29% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan kaum wanita. Antara tahun 1975 dan 2015, pemandu lelaki yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya adalah dua kali ganda berbanding wanita.

Sememangnya  #1 dan #2 mungkin disebabkan kaum lelaki lebih banyak memandu berbanding dengan wanita, lalu mereka lebih cenderung terlibat dalam kemalangan, tetapi ...

3. Wanita kurang ambil risiko

Wanita kurang cenderung terlibat dengan tingkah-laku berisiko tinggi; sebagai contoh, wanita kurang cenderung untuk memandu apabila mengantuk dan dengan itu kurang cenderung untuk tertidur ketika memandu. Yayasan Tidur Nasional membuat tinjauan pendapat pada tahun 2002, dan mendapati bahawa 45% wanita berbanding 56% lelaki akan memandu ketika mengantuk.

Di samping itu, wanita kurang cenderung untuk memandu semasa mabuk.


4. Syarikat insurans juga bersetuju

Wanita biasanya membayar premium insurans kereta yang kurang kerana mereka kurang agresif di jalanraya dan juga kurang terlibat dengan kemalangan. CBSNews melaporkan bahawa sepanjang hayat mereka, lelaki boleh membayar sehingga US$ 5,000 lebih untuk insurans auto.

5. Wanita mempengaruhi/membuat majoriti keputusan membeli kereta

Menurut satu laporan, wanita mempengaruhi 95% daripada semua keputusan pembelian kereta; 65% daripada semua pembelian kereta baru dan 53% pembelian kereta terpakai dibuat oleh wanita. Para wanita juga melakukan penyelidikan yang lebih luas dan lebih baik dalam tawar-menawar; mereka mungkin tidak tahu banyak tentang bahagian teknikal kereta, tetapi mereka akan bertanya lebih tentang kebolehpercayaan, praktikalnya dan harga. Jadi, kita harus mengatakan bahawa lelaki dan wanita sama-sama berpengetahuan tentang kereta yang mereka memandu, hanya mengenai aspek yang berbeza?


6. Mereka tidak terlalu yakin 

Dalam tinjauan 2012 pemandu UK, 51% daripada kaum lelaki berpendapat bahawa mereka memandu dengan lebih selamat daripada pemandu biasa, manakala hanya 39% wanita berfikir sebegitu, walaupun statistik mengenai kemalangan dan kematian di jalanraya tidak menyokong persepsi ini.

Kekurangan keyakinan wanita juga mungkin menjadi sebab mengapa mereka terlibat dalam kemalangan kecil. Walau bagaimanapun, wanita perlu menyedari bahawa ...

7. Mereka melakukan kurang kesilapan ketika memandu

Satu kajian kecil yang memerhatikan kereta-kereta di Hyde Park Corner, London mendapati bahawa wanita kurang membuat kesilapan tipikal, seperti memandu dengan dekat dan memotong lalu lintas secara bahaya, DAN mereka secara umumnya lebih sopan terhadap pengguna jalanraya yang lain.

Akhir sekali…

8. Wanita ini ialah buktinya



Jadi,  para lelaki, jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa anda "memandu seperti seorang wanita", jawablah "Terima kasih!". Dan para wanita, jika ada yang meragui kebolehan memandu anda ...



sumber imej: wifflegif.com; Pinterest; 4Gifs.com; Tumblr


Related

whysoserious 3214132630908296231

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item