Arnie mahu kita Kurangkan Makan Daging untuk Menyelamatkan Dunia

Tidak lama dahulu, penulis Automologi kami, MAC, pernah mencadangkan bahawa jika dunia  kurangkan makan daging, pencemaran udara akan berkur...

Tidak lama dahulu, penulis Automologi kami, MAC, pernah mencadangkan bahawa jika dunia kurangkan makan daging, pencemaran udara akan berkurang  Cuba teka siapa bersetuju dengannya. Ada yang mengenalinya sebagai “Terminator”, ada juga yang mengenalinya sebagai bekas Gabenor California dan sekerang ada juga yang biasa mengenalinya sebagai pejuang alam sekitar  - Arnold Schwarzenegger.

Menurut Arnie, seseorang hanya harus memakan daging untuk satu atau dua hari seminggu, kerana tidak memakannya sama sekali adalah terlalu lampau. Pertanian menyumbang kepada anggaran 28% gas rumah hijau, dan 1 kilogram daging memerlukan antara 3-10 kilogram protein sayuran untuk dihasilkan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa pelepasan dari pertanian, perikanan dan perhutanan dijangka akan meningkat sebanyak 30% menjelang tahun 2050.

Para “vegetarian” di seluruh dunia gembira bahawa superstar besar ini telah menyertai mereka, tetapi para lelaki yang mahu meniru badan Terminator Arnie tidak perlu risau, kerana bekas “Mr Universe” ini mengatakan bahawa banyak pembina badan yang berjaya juga tidak makan daging.

  
Arnie memakan daging stek yang besar adalah perkara yang lalu, begitu juga dengan badannya. Sumber: bodybuilding.com 

"Anda boleh mendapatkan protein anda dengan pelbagai cara," katanya. "Saya telah melihat banyak bodybuilder dan atlet angkat berat yang vegetarian ... anda harus bermula secara berperingkat. Ini satu cabaran yang sangat besar tetapi tidak bermakna ia tidak perlu dilakukan."

Baca lebih lanjut mengenainya di TrueActivist.com: Arnold Schwarzenegger Just Told The World To ‘Stop Eating Meat To Save The Planet’.

Related

world news 4812202634406852071

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item