Gaya Hidup Hijau (di Kuala Lumpur) Tidak Mudah

Penulis Automologi kami, Mac mencuba mod pengangkutan yang lebih hijau untuk ke tempat kerja…bolehkan anda meneka samaada dia menyukainya?...

Penulis Automologi kami, Mac mencuba mod pengangkutan yang lebih hijau untuk ke tempat kerja…bolehkan anda meneka samaada dia menyukainya?

Sejak saya muda, ibu bapa saya mendorong saya untuk menjaga alam sekitar. Membuang sampah ke dalam tong kitar semula yang betul adalah perbuatan yang mutlak dan berjalan kaki ke kedai-kedai untuk mendapatkan roti atau gandum susu (atau pek rokok) adalah betul, manakala memandu kereta pastinya tidak.

Jadi, kebelakangan ini, saya dialami konflik kerana saya boleh melihat rumah saya dari pejabat saya. Namun, saya masih memandu kereta saya untuk perjalanan enam minit yang diperlukan untuk sampai ke tempat kerja. Apakah contoh yang saya menjadi untuk anak-anak saya yang akan mewarisi dunia tercemar, tanpa sumber semulajadi, hanya kerana saya tidak mencari alternatif yang lebih hijau untuk perjalanan harian saya?!

Saya juga ialah seorang yang berminat mengayuh basikal, tetapi walaupun perjalanan ke tempat kerja amat pendek, saya masih akan direndami peluh, dan walaupun baju saya akan kering, saya akan kelihatan kusut. Oleh itu, saya telah impikan untuk mendapatkan satu motosikal elektrik dengan harga yang berpatutan, supaya saya dapat mengurangkan jejak karbon saya...dan mungkin mengurangkan lilitan pinggang saya pada masa yang sama. Tetapi, pada masa ini, basikal elektrik masih berharga lebih daripada US$1250 dan, terus-terang, saya rasa ianya tidak berpatutan; lebih-lebih lagi, sebahagian besar laporan-laporan yang saya baca mengatakan bahawa jarak ianya boleh berjalan (range) sebenarnya kurang daripada yang diiklankan.

Oleh itu, minggu lepas, saya terjumpa skuter yang bagus di laman 11Street dengan harga 380 ringgit sahaja! Dengan gembiranya, saya telah membeli satu unit sebelum suara dalaman saya dapat campur tangan. Ia tiba hanya dalam beberapa hari, pada waktu hujung minggu, dan reputasi saya sebagai seorang “cool dad” telah naik dengan mendadak ketika saya membuka bungkusan di rumah, di mana saya dan anak-anak belajar bagaimana untuk menavigasi kondominium kami tanpa kemalangan.

Jadi, sekarang saya ialah seorang “cool dad” DAN akan menempuh perjalanan ke pejabat dengan cara yang hijau. Tetapi ia tidak berjalan seperti yang dirancangkan: pertama, anda tidak sepatutnya menunggang jenis peranti ini di jalan awam, tetapi, tidak ada masalah—adanya kaki lima. Saya tidak tahu berapa ramai di antara anda yang pernah cuba untuk berjalan-jalan di KL menggunakan laluan pejalan kaki, tetapi ianya sangat jelas kepada saya pagi ini bahawa perancang bandar KL tidak memikirkan tentang pejalan-pejalan kaki ketika mereka merancang jalan raya.

Berakhirnya laluan untuk saya dan beralih ke jalan raya untuk seterusnya!

Menempuhi laluan pejalan kaki dengan skuter elektrik yang mempunyai roda kecil adalah lebih berbahaya daripada yang anda bayangkan—kalaulah ada laluan untuk diikuti—dan oleh itu saya terpaksa menggunakan jalan raya untuk kebanyakan perjalanan saya. Jika anda pernah cuba menggunakan jalan di KL yang sibuk dengan menggunakan basikal atau skuter elektrik, nasihat saya kepada anda adalah JANGAN! Para pemandu seolah-olah tidak memberi jalan atau apa-apa pertimbangan kepada pengguna jalan lain, besar atau kecil.

Siapa perlukan laluan?


Lebih teruk lagi, anda sering mendengar pemandu-pemandu motosikal mengatakan bahawa membawa motosikal memberi anda kebebasan. Saya tidak pernah memahaminya sehingga hari ini, tetapi sekarang saya tahu kebebasan yang diceritakan oleh si penunggang motosikal adalah kebebasan untuk mengisi paru-paru anda dengan asap ekzos beracun apabila trak atau bas lalu di depan anda.

Akhirnya, saya sampai di sebelah utara jalan raya, di mana pejabat saya berada di sebelah selatan, dan untuk mematuh peraturan jalan raya, saya sampai di lintasan yang ada bantuan lampu lalu lintas—cuma tiadanya bantuan. Hakikatnya, untuk memudahkan arus lalu lintas semasa waktu sibuk, jalan persimpangan telah ditutup walaupun terdapat sebuah sekolah di seberang jalan, dan saya terpaksa bermain “Russian Roulette” (atau “Rushing Roulette”?) untuk menyeberangi jalan.

Siapa perlukan persimpangan?


Experimen pagi ini amat menarik sekali, tetapi esok saya akan memandu kereta saya ke pejabat. Bagaimana dengan skuter saya? Sekurang-kurangnya, anak-anak saya masih ingat saya seorang “cool dad”.


Related

news 936152006224932682

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item