Adakah ini Berakhirnya bagi Penunggang Motosikal Jakarta?

Penulis Automologi kami, Mac membawa berita buruk bagi penunggang motosikal di rantau ini… Jakarta telah memberi isyarat bahawa ia akan me...

Penulis Automologi kami, Mac membawa berita buruk bagi penunggang motosikal di rantau ini…

Jakarta telah memberi isyarat bahawa ia akan mengikuti rentak Hanoi—dengan sekatan berperingkat tempat dan masa penunggang motosikal boleh menggunakan jalan raya—untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran. Sesiapa yang telah mengembara di sekitar bandaraya yang sedang berkembang pesat di Asia Selatan terpaksa bertarung dengan motosikal anarki, yang seolah-olah tidak mempedulikan peraturan lalulintas dan mengabaikan penggunaan akal fikiran, hanya untuk memburu ke mana sahaja mereka ingin pergi dengan lebih cepat.

Pemandangan yang biasa dilihat di Jakarta.


Saya baru pulang dari perjalanan singkat ke Yangon, ibukota perniagaan di Myanmar. Seperti di bandar-bandar yang pesat membangun, infrastruktur pengangkutan di sini jauh tertinggal di belakang, tidak setahap dengan keperluan mobiliti penduduknya; akibatnya, kesesakan lalu lintas berlaku ketika waktu sibuk. Tetapi peliknya, keadaan di situ lebih tenang kerana ketiadaan motosikal di jalanraya, dan walaupan kesesakan lalulintas menyebabkan perjalanannya sangat perlahan, ianya lebih senang dialami.

Hanoi, yang dikenali sebagai ibukota motosikal dunia, telah meluluskan satu pelan yang akan mengurangkan penggunaan motorsikal pada tahun 2030. Kini, Jakarta merancang untuk mengikutinya, dan semakin lama semakin banyak jalan akan bebas daripada motosikal, termasuklah beberapa jalan utama, dalam usaha untuk menggalakkan penumpang menggunakan pengangkutan awam.

Sementara itu di Hanoi… 


Jakarta kini mempunyai kira-kira 4.8 juta kereta yang didaftarkan di sana, tetapi terdapat 13.6 juta motosikal; Agensi Pengangkutan Greater Jakarta telah menyalahkan mereka dalam segala macam masalah, termasuklah kesesakan jalanraya, kemalangan dan jenayah-jenayah lain. Pastinya, jika anda ingin bergerak di sekitar Indonesia, anda tidak akan menggunakan kereta, tetapi itu tidak bermakna penunggang motosikal harus dipersalahkan untuk semua jenayah. Malangnya, di negara jiran Malaysia, majoriti peragut hanya menggunakan motosikal.

Saya sendiri mempunyai pengalaman seharian dengan penunggang motosikal, dalam perjalanan ke tempat kerja, dimana penunggang motosikal nampaknya sepertinya berniat untuk mengepelkan diri mereka di bawah roda kereta saya, tetapi saya tidak akan menyokong pengharaman penggunaan basikal atau penunggang motorsikal—tidak bolehkah kita semua hidup aman damai bersama? Masalahnya ialah perkongsian jalanraya oleh motosikal dan kereta amat bahaya; pemandu kereta yang tidak menumpukan perhatian sering tidak nampak pemandu motosikal dan penunggang motosikal juga selalunya mengambil risiko yang tidak perlu diambil.

Jadi, apa jawapannya tanpa mengharamkan penunggang motosikal? Mungkin dengan memisahkan penggunaan dua dan empat roda pada masa yang sama, lebih banyak pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih luas. Bagaimana dengan menyediakan alternatif yang selesa, murah dan mudah, seperti sistem metro atau bas yang lebih baik yang akan menggalakkan SEMUA penumpang untuk memilih alternatif pengangkutan awam. Seperti yang kami katakan baru-baru ini dalam satu artikel yang lepas, anda tidak perlu mengharamkannya jika anda memberikan alternatif yang akan menyebabkan ia pupus dengan sendirinya.

Baca juga: Kami Tidak Perlu Mengharamkan Jeepneys. Mereka Akan Pupus.


Sementara itu, mungkin para ahli politik di Jakarta harus memikirkan hakikat bahawa ada sekitar 13 juta penunggang motor di Jakarta, dan mereka semua ini akan mengundi di dalam pilihanraya seterusnya…

Sumber imej : malaysiaoutlook.com; soc3apogroup4.wordpress.com/





Related

news 9166083801882159547

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item