8 Petua Seharian Untuk Penunggang Motosikal
Sebagaimana yang kita sudah maklum, menunggang motosikal menjemput cabaran berbagai jenis, yang sering berbeza dengan pemandu kenderaan berb...
https://automology.blogspot.com/2018/05/8-petua-seharian-untuk-penunggang.html
Sebagaimana yang kita sudah maklum, menunggang motosikal menjemput cabaran berbagai jenis, yang sering berbeza dengan pemandu kenderaan berbumbung. Kita terpaksa berdepan dengan panas dan hujan, pengguna jalanraya yang lain, serta keadaan alam sekitar. Oleh yang demikian, kita harus selalu bersiap-sedia untuk menghadapi segala rintangan.
Di sini kami paparkan petua-petua menggunakan beberapa barangan biasa untuk menyahut cabaran serta situasi tertentu.
Apa kata anda terlupa membawa baju hujan ataupun anda tidak memiliki baju hujan? (Kami faham baju hujan berharga agak mahal sekarang.)
Antara perkara yang paling menjengkelkan ialah kasut atau but yang basah. Akan tetapi, kita tidak dapat mengeringkannya dengan dijemur di bawah panas terik matahari, khususnya apabila kita sedang jelajah bermotosikal.
Kita sekian maklum bahawa enjin motosikal menghasilkan banyak haba. Justeru itu, haba itu boleh dimanfaatkan.
Anda boleh meletakkan sarung tangan atau stoking basah di atas bahagian enjin yang panas untuk dikeringkan. Akan tetapi, elakkan daripada menggunakan bahagian ekzos kerana ia terlalu panas dan boleh merosakkan gam di dalam sarung tangan.
Ia boleh digunakan untuk mengelap:
Salah satu kesusahan apabila tiba di destinasi ialah kita terpaksa membawa helmet ke mana-mana. Takkan kita hendak tinggalkannya atas motosikal, betul?
Anda boleh beli satu kunci basikal yang kuat atau rantai, dan gelungkannya melalui bahagian depan helmet ke motosikal. Ia bukanlah satu kaedah yang 100% berkesan tetapi pencuri mencari mangsa yang senang.
Di sini kami paparkan petua-petua menggunakan beberapa barangan biasa untuk menyahut cabaran serta situasi tertentu.
1. Baju Hujan Ekspres
Garbage bag poncho - image: kevinkosrae.blogspot.my
Apa kata anda terlupa membawa baju hujan ataupun anda tidak memiliki baju hujan? (Kami faham baju hujan berharga agak mahal sekarang.)
- Ambil beberapa helai beg plastik yang besar.
- Potong sudut kiri, kanan dan tengah di bahagian bawah beg tersebut.
- Lipat dan simpan di bawah tempat duduk motosikal.
- Bila hujan, keluarkan dan sarungkan seperti sehelai baju.
- Kami syorkan ia dipakai di bawah jaket bagi mengelakkan ia berterbangan.
2. Suratkhabar Masih Berguna
Antara perkara yang paling menjengkelkan ialah kasut atau but yang basah. Akan tetapi, kita tidak dapat mengeringkannya dengan dijemur di bawah panas terik matahari, khususnya apabila kita sedang jelajah bermotosikal.
- Beli senaskah suratkhabar.
- Ronyokkan dan masukkan ke dalam kasut.
- Biarkannya untuk beberapa jam.
- Tukarkan dengan kertas suratkhabar yang baru selepas itu.
3. Pengering Mudah Alih
Kita sekian maklum bahawa enjin motosikal menghasilkan banyak haba. Justeru itu, haba itu boleh dimanfaatkan.
Anda boleh meletakkan sarung tangan atau stoking basah di atas bahagian enjin yang panas untuk dikeringkan. Akan tetapi, elakkan daripada menggunakan bahagian ekzos kerana ia terlalu panas dan boleh merosakkan gam di dalam sarung tangan.
4. I Lap You
Kami faham ada sesetengah penunggang motosikal yang enggan membawa kertas tisu sebab kelihatan “tak man”. Akan tetapi, tisu basah sangat berguna untuk setiap penunggang.Ia boleh digunakan untuk mengelap:
- Visor helmet.
- Jaket, sut, serta kasut kulit.
- Motosikal, khususnya bila terkena tahi burung.
- Lampu atau skrin motosikal.
- Bahagian-bahagian badan penunggang (faham-faham jer lah).
5. Kitar Semula
Anda tidak usah tercari-cari batu untuk alaskan topang motosikal anda. Anda hanya perlu ranapkan tin minuman ringan dan letakkannya di bawah topang.6. Pakai Kabel
Pengikat kabel, atau lebih kenali sebagai kable-tie, berguna dalam bermacam keadaan. Sebagai contoh, anda boleh gunakannya untuk mengikat bahagian motor yang tercabut buat sementara. Anda juga boleh menyambung beberapa jalur kabel-tie untuk membuat satu kabel-tie yang panjang. Oleh yang demikian, simpanlah beberapa jalur di bawah tempat duduk motosikal anda.7. Ikat, Jangan Tak Ikat
Sistem kotak membawa barang zaman sekarang agak kuat dan tidak senang tercabut dengan sendiri seperti yang dahulu. Tapi ia berkemungkinan terbuka jika terlanggar kenderaan lain. Oleh yang demikian, adalah wajar jika anda ikat dengan tali elastik untuk elakkan barang-barang peribadi anda bertaburan di atas lebuhraya.8. Jangan Kemana-mana
Helmet lock - image credit: imgur.com