Pemandu Manusia Diharamkan Dalam Masa 25 Tahun Akan Datang; Pemetaan Sudah Dijalankan Di Malaysia

"Saya masih ingat lagi dulu apabila manusia masih memandu kereta” adalah frasa yang kita akan gunakan di masa akan datang dan MAC, penu...

"Saya masih ingat lagi dulu apabila manusia masih memandu kereta” adalah frasa yang kita akan gunakan di masa akan datang dan MAC, penulis Automologi kami, kini membawa berita bahawa masa depan itu sudah pun hampir.

Menurut seorang pakar, manusia kemungkinan akan dilarang memandu dalam masa 25 tahun akan datang; teknologi kenderaan tanpa pemandu yang dikawal oleh Artificial Intelligence akan mengambil alih dan menjadikan pemandu manusia berlebihan. Ini menurut seorang pakar di Britain, Omar Rahim, semasa ucapannya di kongres 'Internet of Things' di Barcelona baru-baru ini.

Beginikah rupanya rakyat Malaysia yang akan berulang-alik nanti?

image: volvocars.com


Omar ialah seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berteknologi tinggi berpusat di Manchester yang bernama Energi Mine, dan beliau menyeru kerajaan British supaya segera mewujudkan undang-undang yang membolehkan kereta autonomi memandu di jalan raya dalam negara UK secara sah. Omar bukanlah orang yang pertama mendorong ke arah kereta autonomi; Elon Musk daripada Tesla dan Space X juga merupakan penyokong teknologi tersebut, seperti yang sering kita katakan disini. Beberapa orang seperti Profesor Toby Walsh juga telah meramalkan bahawa pada tahun 2050, manusia akan dilarang memandu sama sekali seperti yang ditulis di dalam bukunya bertajuk It's Alive!: Artificial Intelligence from Logic Piano to Killer Robots. (Sudahkan anda membacanya?)

Masih banyak lagi yang Tesla perlu buat… 

Sumber imej : insideevs.com

Kebanyakan daripada kita yang datang daripada generasi kedua (baby boomers) tidak dapat membayangkan kehilangan kebebasan untuk masuk ke dalam kereta untuk pergi ke mana kita mahu, pada bila-bila sahaja yang kita mahu; ia ialah kebebasan yang kita belum lagi mahu mengorbankan. Sebelum ini, kita selalu pergi ke bandar mahupun negara jiran yang berdekatan kerana kedai-kedai di sana jauh lebih baik; sekarang, semua pusat membeli-belah adalah sama. Sepuluh tahun yang lepas, kita tidak boleh membayangkan memanggil teksi menggunakan smartphone, tetapi sekarang penulis yang tua seumpama dinosaur ini turut menggunakan applikasi mobil ride-sharing.

Apabila anda menaiki lif, cuba jelaskan kepada anak-anak generasi hari ini bahawa kita pernah menggaji pekerja untuk mengendalikan lif atau terangkan apa itu telefon awam atau cuba terangkan apa itu pemain kaset. Jadi, pada masa 20 tahun akan datang, kita juga akan perlu menerangkan kenapa kita membenarkan pemandu manusia untuk membawa sebuah logam seberat dua tan metrik di jalan raya pada 100 kph dalam hujan yang lebat. 

Mesin boleh diprogramkan untuk memproses data lebih cepat daripada manusia, dan ia mempunyai kelebihan tambahan di mana mesin tidak akan berasa letih atau berada dalam keadaan emosi. Tanpa manusia, kita akan mengurangkan kemalangan dan memperbaiki keadaan pemanduan apabila mesin digunakan untuk merancangkan perjalanan yang ideal.

Anda mungkin berfikir bahawa teknologi ini ditakdirkan hanya untuk negara yang jauh dan tidak akan sampai kita dalam masa yang dekat ini. Saya telah tangkap gambar ini ketika mengekori kereta ini di Kuala Lumpur pagi lepas. Nombor platnya adalah dari Jerman dan peranti yang berputar di bumbung kereta ialah alat pemetaan pemandu autonomi…Pemanduan autonomi mungkin akan datang ke sini lebih awal dari yang anda jangkakan.

Maaf dengan kualiti foto ...Ia diambil ketika saya sedang memandu (oops).



Related

news 6557609223890107856

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item