Bukti bahawa X1R akan menjimatkan Petrol anda

Tidak kiralah berapa banyak ujian yang X-1R ada untuk membuktikan bahawa rangkaian produknya adalah yang terbaik yang boleh dibeli dengan...


Tidak kiralah berapa banyak ujian yang X-1R ada untuk membuktikan bahawa rangkaian produknya adalah yang terbaik yang boleh dibeli dengan wang, apabila syarikat X-1R cuba mendekati pelanggan baru yang berpotensi, ia diminta juga untuk membukti keupayaannya. Tidak kiralah X-1R telah membekalkan produk kepada NASA selama 22 tahun dan mempunyai pelanggan di seluruh dunia, semua ini nampaknya tidak relevan; pelanggan baru ini ingin mengetahui sama ada rangkaian produk X-1R akan berfungsi di tempat sendiri dan lebih khusus lagi dengan produk yang kerap mereka gunakan.

Baru-baru ini, Harold Ledda daripada X-1R telah ke Qatar untuk mengawasi ujian ke atas dua kenderaan yang dibekalkan oleh Mitsubishi: kenderaan pertama ialah jenama Outlander yang sudah berjalan 30,000 kilometer dan yang kedua ialah sebuah Mitsubishi Lancer dengan kira-kira 135,000 kilometer. Kedua-dua kenderaan ini mengalami penurunan kuasa, peningkatan pengeluaran dan ekonomi bahan api yang berkurangan. Selepas dirawat dengan X-1R Engine Treatment, terdapat kenaikan 12% dan peningkatan sebanyak 27% dalam mampatan merentasi empat silinder masing-masing—peningkatan yang luar biasa dan penambahbaikan yang meyakinkan Mitsubishi di Qatar untuk menjadi pelanggan X-1R.

Dalam semua enjin, pemampatan dalam enjin akan beransur-ansur turun disebabkan oleh haus and lusuh di dalam silinder, terutamanya pada titik di mana silinder berhenti bergerak, bertukar arah dan turun sekali lagi. Ini biasanya dirujuk sebagai Top Dead Center (TDC) dan titik di mana terdapat paling kurang pelinciran dengan suhu yang amat tinggi dan jumlah geseran yang besar. Disebabkan oleh kekurangan pelinciran yang berkesan, pemeteraian akan merosot dan membolehkan lebih pemampatan lalu dilepaskan melalui salur silinder dan ke dalam minyak untuk mencuri kuasa kereta anda.

Istilah untuk ini ialah kebocoran pembakaran atau pernapasan mesin, dan ia bukan sahaja akan membazirkan tenaga bahan api dan mencuri kuasa kereta anda tetapi ia juga akan membakar minyak dari dinding silinder dan menghasilkan jelaga dan enapcemar. Jika kereta anda mengalami kemudaratan yang menurun disebabkan oleh masalah ini, maka anda akan melihat kuasa yang lebih rendah, “rough idling”, pecutan yang lambat, peningkatan pelepasan dan akhirnya, pembentukan enapcemar sebagai gas pembakaran secara beransur-ansur boleh mengurangkan jangka hayat minyak di dalam kotak engkol mesin anda.

Terbukti bahawa rawatan X-1R Engine Treatment benar-benar membaiki kawasan yang sudah haus di dinding silinder dan memperbaiki meterai di antara torak (piston) dan dinding silinder dengan menyerap ke dalam logam, membaiki ketidaksempurnaan mikroskopik dan membina permukaan yang lebih lancar. Ini membolehkan kuasa untuk diagihkan sama rata ke atas permukaan yang lebih luas menyebabkan pengurangan geseran. Dan apabila anda mengurangkan geseran, anda mengurangkan haus dan lusuh dan juga meningkatkan bahan api yang efisien.

X-1R Engine Treatment mengandungi agen pelumasan tekanan yang ekstrem (Extreme Pressure - EP) yang memberikan perlindungan pelincir yang luar biasa di luar kegunaan minyak motor biasa. Sebagai pelincir tekanan EP, ia melindungi permukaan logam komponen enjin dengan mengurangkan sentuhan logam-ke-logam apabila filem minyak hidrodinamik cair di bawah keadaan pemuatan yang teruk.

Jadi, rawatan X-1R Engine Treatment adalah satu formulasi maju yang mematerai kebocoran mikroskopik di dinding silinder. Paling penting sekali, ia berfungsi untuk memeterai dan melincirkan kawasan silinder di TDC di mana ia sangat diperlukan. Hasilnya ialah pemampatan yang lebih tinggi, kurang pernapasan mesin, dan pembakaran yang lebih efisien yang mengembalikan kuasa untuk meningkatkan prestasi enjin anda.


Dan sebab itulah, pemampatan dapat dipulihkan dengan peningkatan ekonomi di dalam bahan api. Amat menakjubkan.

Laporan lengkap boleh didapati di http://x1rasia.com/restoration-lost-cylinder-compression-using-x-1r-products/

sumber imej: busplan.cc; theaa.com


Related

x1r 8222702650755648390

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item