Myvi 2018 Terbaharu: Dari Pandangan Seorang Wanita
Automologi Ros menceritakan pengalaman membawa Myvi terbaharu dan lima sebab kenapa ia menjadi pilihannya. Pengalaman memandu Myvi ter...
https://automology.blogspot.com/2018/01/myvi-2018-terbaharu-dari-pandangan.html
Pengalaman memandu Myvi terbaharu dari Ampang-Setapak-Bukit Tinggi-KLCC-Putrajaya-Setapak dan finale di Great Eastern Mall dengan hanya berbekalkan RM30 petrol—suatu pengalaman yang menakjubkan. Tak sangkakan kereta buatan Malaysia setanding dengan kehebatan kereta antarabangsa. Berikut merupakan kenapa anda perlu memiliki kereta kompak ini:
1. Rekaan yang boleh tahan hebat.
99.99% buatan Malaysian dengan design hatchback kompak, bentuknya sudah cukup sporty dan aerodinamik yang akan membuat manusia disekeliling anda pandang dua kali. Stabil walaupun layan corner Bukit Tingi dengan kelajuan 70-80km/hr je dan 180km/hr di lebuh raya lorong kanan tanpa ada gegaran atau bebunyi luar biasa.2. Ciri keselamatan ASA (sebutan A-S-A) – Advanced Safety Assist
- Bag Udara: 1.3L - 4 Bag Udara; 1.5L - 6 Bag Udara
- Amaran Pra-Perlanggaran/Pre-Collision Warning (Bunyi amaran yang sangat berguna untuk para driver yang 24jam pegang phone.)
- Brek Pra Perlanggaran/Pre-Collison Breaking (Bila bawa lebih 80km/h, bawah daripada itu sila brek secara manual la yer.)
- Amaran gerak Depan/Front Departure Alert (Bunyi amaran yang sangat berguna untuk para driver yang 24jam pegang phone dan tak la kene hon dengan orang belakang, ye dak.)
- Kawalan Salah Operasi/Pedal Misoperation Control (Orang Malaysia memang terkenal dengan salah pedal ni, terutamanya kaum wanita...ops, sorry! Dan ini membantu anda untuk mengurangakan kadar ‘excident’ di Malaysia ini.)
3. Ruangan dalaman yang best
Kompak tidak semestinya sangat kecil atau mengabaikan keselesaan kaki untuk penumpang belakang. Malah, kerusinya juga boleh diubah dengan konfigurasi 8+1 yang mana sesuai untuk memunggah barangan besar atau sederhana. (Setakat shopping barang kat IKEA apa la sangat, boleh sumbat babe.)Bahagian Dashboard yang pratikal dan tidak semak, kemas dengan susunan butang audio atau penyaman udara yang tampak lebih praktikal, dan mudah dicapai tanpa perlu mengganggu pemanduan. Ruang kabin dengan kedapan bunyi yang telah ditingkatkan. (Maka bolehlah anda Karaoke/Smule dalam kereta tanpa bimbang orang luar dengar, eh?)
USB Charging Port ada dua: satu di dashboard, satu lagi di bahagian tepi tempat duduk pemandu. Seperti yang di highlight di atas. Tak menganggu pemandu. Siap ada poket tepi kerusi untuk memudahkan charging.
4. Prestasi enjin
Prestasinya sudah cukup ‘tenang’ untuk pemanduan biasa, samaada di lebuh raya atau jalan persekutuan biasa. Stabil walaupun bawa mencecah pemanduan 180km/h. Myvi baharu dilengkapi dengan ciri ‘Eco Idle’ bagi tiga varian paling tinggi, iaitu 1.5 Advance. Ia berfungsi dengan enjin dimatikan dan dihidupkan semula jika brek dilepaskan dalam keadaan statik. Ciri ini akan memberi penjimatan bahan api yang optimum ketika berhenti di lampu isyarat atau terkandas dalam kesesakan lalu lintas. (Wah, masa mula bawa kereta ini, rasa macam bawa kereta mewah u’ols, tetiber rasa hebat.)5. Sistem Camera Belakang , slot untuk TnG dan juga GPS yang canggih
Sistem kamera belakang yang jelas dan tepat untuk mengelakkan perlanggaran dan paling penting masuk parking dengan cemerlang. Gitew.Gambaran Kamera Belakang Myvi Baharu.
Sistem GPS yang canggih yang lengkap dengan jarak masa perjalanan dan kadar tol. Mudah untuk kita merancang perjalanan ke destinasi. 1km sebelum mencecah tol, anda akan menerima notifikasi kadar tol dihadapan. Bestkan? Takyah gaduh-gaduh lupa tengok papan tanda harga tol kalau terlepas.