Argh, Jalan Berlubang!


Salah seorang penulis Automologi kami, MAC menantikan hari dimana penyelesaian jalan berlubang atau “pothole” ini akan tiba di Malaysia.

Tanyalah mana-mana pengguna jalan raya di sekitar ibu negara Malaysia tentang kualiti jalan raya dan mereka pasti akan memberitahu anda tentang “pothole” yang terpaksa dihadapi seharian. Jalan-jalan di ibukota negara ini kebanyakannya berlubang dan pengguna jalan raya terpaksa mengelak “pothole” ini untuk memelihara dan mengelakkan kerosakan tayar, rim, dan suspensi.


Ada pepatah yang berbunyi "jika dunia memberikan lemon kepada anda, bancuhlah air lemon", tetapi agak keterlaluan untuk memancing di lubang jalan raya seperti di dalam gambar di atas. Pada pendapat saya - dan saya sudah biasa berjalan jauh dan pernah menghadap jalan yang lebih teruk lagi - sebenarnya jalan raya di Kuala Lumpur tidaklah seteruk mana, tetapi ianya juga tidak membuatkan saya berasa lebih tenang selepas terpaksa menggantikan “mag-rims” saya pada tahun lepas, selepas terkena lubang yang agak besar dalam perjalanan ke tempat kerja.


Okay, agak ironik juga apabila petugas-petugas yang dihantar untuk membetulkan lubang jalan ini juga tersangkut di lubang jalan. Mencari dan membaiki lubang-lubang jalan ini bukanlah satu kerja yang mudah, seperti yang kebanyakan daripada kita fikirkan, lagi-lagi pula bagi pihak berkuasa majlis perbandaran yang sudah dilumpuhkan oleh birokrasi. Bagaimanapun, penyelesaian masih ada lagi dengan cara baru untuk menangani bencana lubang-lubang jalan raya ini. Pertolongan yang dimaksudkan adalah di dalam bentuk trak yang berfungsi sebagai robot untuk membaikpulih lubang-lubang ini dengan cepat dan yang memerlukan kos buruh yang rendah. Secara teorinya, ia boleh manjadi peronda jalan dan menjalankan kerja baikpulih dengan serta merta, dalam masa yang singkat.

Telah diberitakan bahawa prototaip sudahpun dibina tetapi buat masa ini, ia belum mendapat pembiayaan yang mencukupi untuk membolehkan pengeluaran besar-besaran. Jadi, jika anda ingin melihat berakhirnya jalan-jalan yang berlubang ini, maka saya cadangkan anda semua mulalah berlobi dengan pihak berkuasa perbandaran tempatan anda.



Related

video 7504656006080542451

Post a Comment

emo-but-icon

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item