Sludge, Pembunuh Enjin Anda!

Read the English version of this article here . “Sludge” ialah enapcemar yang terbentuk di dalam enjin kereta anda. Tidak kira jika ...


Read the English version of this article here.

“Sludge” ialah enapcemar yang terbentuk di dalam enjin kereta anda. Tidak kira jika anda memandu Toyota, Ford, Volkswagen mahupun jenama kereta yang lain, jika anda memandu sebuah kereta moden dalam stop-start traffic, besar kemungkinan anda akan mengalami masalah tersebut.

Enapcemar enjin (engine sludge) ialah pembunuh enjin, sama seperti arteri sclerosis (arterial sclerosis) yang akan menghentikan jantung anda. Secara ringkasnya, untuk kereta anda, pembentukan enapcemar akan membunuh enjin anda, dan semua tahu bahawa enjin merupakan jantung kereta kita. Jika enapcemar terbentuk dalam enjin anda, kos membaikpulih sekurang-kurangnya empat atau lima angka.

Carilah dengan Google nama–nama jenama kereta yang anda tahu dengan menambah “sludge problem” di belakang. Anda akan lihat setiap halaman menceritakan masalah tersebut. Persoalan yang jelas adalah mengapa masalah ini berterusan dan mengapa tidak pengeluar kereta melakukan sesuatu mengenainya?

Kebanyakan pengeluar mendakwa bahawa masalah ini adalah daripada tabiat buruk pengguna/pelanggan menyelenggara (maintenance habit) kenderaan – tidak menukar minyak enjin pada jarak yang ditetapkan, iaitu setiap 12,000 kilometer atau setiap enam bulan, yang mana tercapai dahulu; Toyota USA menambah kaveat “dengan cara pemanduan normal” dan jika anda memandu kereta ” dalam keadaan yang teruk”, maka minyak perlu ditukar setiap 8,000 kilometer. Jadi, apakah “cara pemanduan yang normal”? Apakah punca menyebabkan enapcemar enjin (engine sludge) itu berlaku dan cara untuk mengelak perkara itu berlaku?

Jurutera dan pembina enjin sebahagian besar bersetuju bahawa punca utama bagi enapcemar adalah “blow-by”. Ini berlaku apabila sebahagian kecil gas pembakaran berlepas dari ruang pembakaran ke dalam minyak dalam bentuk abu/debu. Selalunya ia adalah bersifat asid. Dan paling utama mengapa kebanyakan minyak dirumus mengandungi alkali dalam bentuk kalsium atau magnesium, iaitu untuk memastikan hasil sampingan daripada pembakaran dikekalkan dalam keadaan suspensi sehingga pertukaran minyak yang seterusnya. Antara punca lain termasuk tidak mengendalikan kenderaan pada suhu yang betul (sama ada terlalu panas atau terlalu sejuk) atau pencemaran air. Kemungkinan terbesar punca pembentukan enapcemar adalah memandu dalam keadaan stop-start, sama seperti teksi, van penghantaran dan kereta biasa. ASTM D6593 oil sludge resistance test mereplikasi keadaan pemanduan di bandar untuk melihat samaada minyak akan menghalang pembetukan enapcemar.

Masalah sebenar adalah apabila anda mempunyai enjin moden, terutamanya enjin turbocharged seperti SAAB di dalam tahun 80-an, yang beroperasi pada suhu tinggi ditambah pula dengan pemandu yang tidak memandu dalam “keadaan biasa”. Di Amerika Syarikat, pemanduan biasa ditakrifkan sebagai pemanduan purata kelajuan 72kph apabila realitinya adalah bahawa pemandu biasa memandu pada kelajuan antara 30 dan 50 kph. Di bandar-bandar besar seperti London atau New York, kelajuan purata jatuh kepada hanya 20kph. Ini bermakna bahawa service interval untuk pemandu bandar biasa adalah separuh; dalam erti kata lain, minyak enjin anda sudah ‘haus’ sebelum anda sampai ke tempoh perkhidmatan, dan tidak akan dapat melindungi enjin anda dan menghentikan pengumpulan enapcemar. Keadaan ini dikategorikan oleh Toyota dan semua pengeluar lain sebagai 'keadaan pemanduan yang teruk’.

Banyak pengeluar telah sedar tentang kos penyelenggaraan dan telah memanjangkan service interval dengan mencadangkan service interval 10,000 kilometer ke 15,000 kilometer, yang mungkin boleh membawa maut kepada enjin anda. Masalah enapcemar menjadi lebih teruk dengan setiap pertukaran minyak. Di bawah keadaan operasi yang normal, enapcemar dikekalkan dalam suspensi oleh magnesium atau kalsium, yang merupakan sebahagian daripada pakej "detergency" dalam kebanyakan minyak moden. Apabila minyak telah 'gagal' dan enapcemar sedang didepositkan, enapcemar tidak dilepaskan dengan minyak apabila anda mengeluarkannya. Ini berlarutan melalui setiap perubahan minyak sehingga enjin menjadi tersumbat dan gagal.


Jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan enapcemar itu membunuh enjin anda? Pertama, anda perlu memahami jenis pemanduan anda; jika anda memandu kebanyakannya di bandar raya dengan trafik stop-start, maka kemungkinan bahawa anda sedang memberi tekanan kepada enjin anda dan minyak anda menjadi kurang efektif jauh lebih cepat daripada yang anda fikirkan. Sudah tentu, anda perlu sentiasa mengikuti jadual penukaran minyak yang disyorkan oleh pengeluar, tetapi jika anda ialah seorang pemandu bandar, untuk selamat, anda perlu menyemak jangka hayat minyak enjin anda setiap minggu, ianya juga dikenali sebagai oil trending. Kebanyakan pemandu tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya tetapi terdapat kit DIY yang murah, yang paling terkenal diantaranya oleh RX Fluid.

Ramai mekanik akan mengesyorkan untuk “flush” enjin kereta anda setiap tahun, dengan salah satu ‘ejen’ seperti X-1R Engine Flush, yang merupakan “non-caustic cleaner”. Sudah tentu, sentiasa menggunakan minyak yang terbaik yang mampu milik tetapi perlu memastikan bahawa minyak itu mengikut piawaian pengeluar kenderaan tersebut, dan anda juga boleh memberi yang terbaik untuk enjin anda dengan menambah produk yang berkualiti seperti X-1R Engine Treatment, produk yang terbukti untuk memanjangkan hayat minyak anda dengan mengurangkan geseran logam-logam dalam enjin anda.


Related

x-1r 481010810844157575

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

sponsored by

Hot in week

Hot in week

Connect With Us

item